Kek lapis dan ikan terubok Sarawak. Emmmmm....Tak sah datang ke Sarawak dan pulang tanpa salah satu ole-ole istimewa ini. Saya pernah mendengar cerita bahawa nak beli kek lapis dan ikan terubok Sarawak kena naik boat atau sampan. Perlu Seberang sungai. Ini fakta, ya, betul. Alhamdullilah,peserta SEAPSIL III sangat beruntung kerana Hotel Grand Margherita tersergam di tepi Sungai Sarawak. Lepas berseminar boleh terus ke luar hotel untuk membeli ole-ole istimewa ini. Banyak boat/sampan yang bersedia untuk membawa penumpang ke kedai-kedai kek lapis dan gerai ikan terubok di seberang sana.Demi keselamatan,pastikan anda pakai jaket apung.Lima minit je dah sampai. Bahkan orang berkaroke dari sana boleh kedengaran tangtung lalaknya dengan jelas dari hotel GM.Tambang ke seberang RM1.50.seorang. Balik ke hotel, RM1.50 juga(sebelum harga ron dan diesel naik semalam).Le ni dah naik kot. Kek lapis yang berkualiti harganya dalam lingkungan RM20-25.ramuannya ada butter. Lebih mahal lebih tinggi kualiti. Halal. Ikan terubok yang berkualiti ialah ikan yang diimport dari Vietnam. Yang lokal, ada juga dijual. Lebih murah.Perkhidmatan membungkus sesuai untuk yang pulang naik belon tiada masalah.FOC. Saya berharap info ini dapat serba sedikit memberi panduan kepada peserta SEAPSIL III untuk merancang masa sewaktu di Sarawak.
Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani